Cara Aktifkan NUSUK (Aplikasi Umrah & Haji)

Card Image

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan aplikasi NUSUK (nusuk.sa), platform digital bersepadu Arab Saudi yang menawarkan perancangan pintu masuk yang mudah. Aplikasi ini digunakan untuk perjalanan jemaah umrah serta pelawat ke Makkah dan Madinah.

NUSUK dilancarkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi untuk menyediakan rangkaian perkhidmatan di seluruh ekosistem Visit Saudi termasuk memudahkan visa, permit, proses tempahan dan prosedur.

NUSUK adalah antara inisiatif Program Pengalaman Jemaah Wawasan 2030. Aplikasi ini perlu dimuat turun ke dalam telefon bagi membolehkan jemaah memilih tarikh dan masa yang dirancang untuk memasuki RAUDHAH. Hanya mereka yang telah memperolehi permit sahaja akan dibenarkan masuk oleh petugas masjid yang akan melakukan pemeriksaan diluar masjid. Jemaah hanya perlu menunjukan paparan PERMIT tersebut kepada petugas masjid dan kemudian barulah dibenarkan untuk memasuki RAUDHAH.

Cara Aktifkan Aplikasi NUSUK

1.Pertama sekali, anda perlu muat turun (download)  aplikasi.  Boleh buat carian (search) dalam App store jikalau menggunakan iphone atau dalam Play Store bagi yang menggunakan Android

2. Selepas download, buka aplikasi tersebut

3.Tekan pada bahagian ini

4.Seterusnya, tekan pada bahagian ini (While using the app)

5.Dan tekan pada bahagian ini (Allow)

6. Seterusnya, tekan pada bahagian ini (pilih English)

7.Setelah pilih ‘English’tekan pada bahagian ini

8.Anda telah berjaya memasuki ke dashboard  aplikasi NUSUK untuk PENDAFTARAN BAHARU

9.Tekan pada butang NEW USER

10.Pilih bahagian VISITOR (Tepi Sekali sebelah kanan)

11.Masukkan No.Visa (Pastikan memasukkan No.Visa dengan betul)

12.Masukkan No.Passport (Pastikan memasukkan No.Passport dengan betul)

13.Pilih tarikh lahir anda

14.Pilih Nationaliti (Malaysia)

15.Pilih Country Code (Malaysia +60)

16.Mobile Number (Masukkan no Tel tanpa memasukan “0” dihadapan)  cth: 1152985156

17.Masukkan alamat email masing-masing(Peringatan: Pastikan anda mengingati alamat email yang dimasukkan)

18.Masukkan semula alamat email (sama seperti alamat email diatas)

19.Masukkan Password yang mudah diingati cth: Raudhah12345 

20.Masukkan semula password yang sama seperti di atas: Raudhah12345

21.Klik pada kotak kecil di bawah sebelum tekan butang Register (ada 3 kotak kecil yang perlu di KLIK)

22.Setelah siap semua data dimasukkan, tekan pada butang Register

23.Selepas itu sila periksa e-mail untuk melihat Nombor OTP yang dihantar oleh sistem.

24.Masukkan No OTP (4 angka) yang diberikan

25.Kemudian tekan butang Verify

26.Kemudian tekan ‘Login’ dan sekali lagi pilih VISITOR

27.Pilih Nationaliti: Malaysia

28.Masukkan No.Passport

29.Masukkan Password yang ditetapkan semasa pendaftaran: Raudhah12345

30.Tekan Login

31.Kemudian semak e-mail kembali. OTP Ke-2 akan dihantar.

32.Masukkan code OTP ke-2 di ruangan tersebut

33.Setelah itu screen seperti ini akan terhasil.

34.Alhamdulillah. SELESAI

Diharapkan perkongsian maklumat ini dapat membantu para jemaah Umrah/Haji untuk mengaktifkan aplikasi NUSUK. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak kami Jendela Travel & Tours di talian: 0133886480 (Ustaz Hanif Abu Hassan)